Kontak rapat kepada Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang disahkan COVID-19 pada Rabu, diminta tampil menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Perlis untuk tindakan lanjut.
Ianya terutama kepada individu yang hadir dalam Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar yang diadakan pada 3 Januari lalu.